Tuesday 11 September 2012

Dropbox..
Selamatkan dokumen anda dengan menggunakan dropbox. Saya telah lama menggunakan dropbox, kebanyakan tugasan yang dibuat selalunya disimpankan terus ke dalam dropbox.

Antara kebaikkan dropbox adalah, dokumen yang disimpan akan selamat walaupun komputer rosak atau diserang virus, kerana dokumen anda akan terus disimpan ke server. Tapi komputer anda hendaklah mempunyai akses internet.

Selain itu fail yang anda simpan di dalam dropbox boleh ke dalam gajet lain seperti telefon pintar, tablet dan banyak lagi. Saya telah menginstall dropbox ke dalam Iphone dan blackberry supaya dapat diakses setiap masa. 

Bagi yang menggunakan wifi yang blok, contohnya di IPGKTAR. anda boleh memuat turun dropbox selepas office hour. Kalau anda dapat buka facebook, maksudnya dapatlah dropbox anda berfungsi. Selamat mencuba.

2 comments: