Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua, entri kali ini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan teknik regangan yang betul.
Sebagai seorang ahli sukan, kita semestinya tahu bagaimana untuk membuat regangan bengan baik. Tapi adalah ia betul dari segi teknik dan cara lakuan?
Kiraan regangan biasanya dikira dari 1 sehingga 8 sahaja, tetapi teknik yang betul adalah selama 20 saat ke atas. Ini bagi membantu otot bersedia dari fisiologinya dan dapat mengelakkan kecederaan semasa bersukan.
Kita perlu tahu bahawa regangan dilakukan sebelum dan selepas bersukan ini untuk membantu pemulihan (rehat) otot dan mengelakkan kesakitan (lesu). Otot-otot besar harus diberi penekanan. Semasa meregang, otot kita akan memanjang dan anda harus lakukan regangan secara perlahan-lahan. Elakkan henjutan semasa melakukan regangan.
Seterusnya saya ingin menerangkan berkenaan Regangan PNF (Proprioceptive Neuromuscular Fasilitation).
Apakah Rengangan PNF?
Rengangan PNF merupakan terapi fizikal untuk otot-otot.
- Direka oleh ahli fisiologi iaitu Charles Sherrington pada tahun 1940-an.
- Melibatkan pergerakkan pasif dan aktif.
- Membantu dalam pulihan otot (terapi) dan fleksibiliti
- Mengelakkan kecederaan sukan
- Memerlukan seorang pembantu
Prosedur
- Pembantu meregangkan otot (utama) atlet. Atlet dalam keadaan rehat.
- Pembantu menolak (pasif) sehingga otot terasa tegang. Tahan dalam kiraan 20 saat.
- Selepas 20 saat, atlet hendaklah melawan arah tolakan (aktif) selama 6 saat.
- Pembantu tolak lagi otot atlet lebih dari biasa (secara beransur-ansur).
- Kiraannya adalah 20 saat (pasif) dan 6 saat (aktif).
Regangan PNF
Hamstring
Groin(kangkang)
Kuadrisep
Pektrolis Major
Saya ingatkan disini agar lakukan PNF secara beransur-ansur dan pembantu elakkan henjutan semasa menolak atau menarik bahagian otot. Anda akan berasa lebih selesa dan yakin untuk bersukan. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment